Pages

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Revisit: 20 things girls shouldn't ever do to guys.

Salam

Tadikan, tengah borak-borak dengan orang tuh. Lepas tuh, handphone mati sebab bateri padam. Lepas tuh kan, dia kan terlelap. Tidur terus dia.

Hari tuh tak sempat nak ulas benda ni, main copy paste setempek gitu. Bukan apa nak bagi kredit kepada Cik Myra tuh. Huhu. So, hari ni saya ulas sikit pasal benda dan ia hanya related kepada saya dan mungkin semua lelaki secara general-nya.

1. Always checking where your boyfriend might be.
Untuk yang ini kan, bagi pendapat peribadi saya, saya bukan tak suka kalau MGA tanya saya di mana, buat apa dengan siapa. Kalau boleh saya akan bagitahu terus terang dekat MGA apa yang saya buat, sebab saya bukan buat benda yang salah pun. Cuma, masalahnya yang akan timbul apabila, si wanita asik bertanya, dan si lelaki pula tidak dapat menjawab atau asyik dengan aktiviti yang dilakukan, mana nak sempatnya nak bagi semua soalan update tuh. Bukan nak kata, si lelaki lupa, tetapi fokus kan penting. Bayangkan je la kalau tengah manja dengan orang tersayang dan tiba-tiba ada orang pejabat call kan hilang fokus tuh.
 
2. Lie.  
Yang ni, takda komen banyak sebab secara umumnya, manusia ada sebab kenapa dia buat sesuatu. Cuma elakkan laa benda begini sebab bila start satu, nak buat satu lagi
 
3. Don't sneak in his personal belongings without permission.
Ok. Saya takde pengalaman pasal benda ni, sebab saya dan MGA duduk jauh-jauh. Tak pernah pulak dia nak sibuk-sibuk nak tengok barang-barang sulit rahsia. Mungkin, bagi lelaki, ada benda yang dia tak boleh nak tunjuk dengan wanita, kerana mungkin dia rasa pandangan wanita itu mungkin berubah selepas melihat benda-benda begitu.
 
4. Tell him what to do.
Hee. Yang ni memang pantang sikit. Lelaki mempunyai perasaan diktator (betul ke aku guna perkataan ni) yang kuat. Jadi bila disuruh membuat sesuatu ia merasakan diri dia tercabar kerana disuruh membuat sesuatu benda yang bukan kerja dia. Secara amnya, jangan suruh lelaki buat macam-macam, kalau tak lelaki itu akan mula rasa menyampah.
#Tips untuk wanita: Apa yang anda boleh buat adalah, dengan memujuk. Cara memujuk adalah lebih lembut dan ber-patut-tan. Contohnya nak minta tolong, si wanita tak boleh nak suruh buat itu dan buat ini, tetapi lebih baik dengan memujuk dan memberikan perasaan 'You are my hero' kepada lelaki tersebut. Baru boleh jalan.  
 
5. Break your promises.
Rasanya semua orang sama pasal benda ni, tak suka mungkir janji. Cuma, bila wanita dah cakap pasal sumtin, si lelaki akan mempunyai expectation yang tinggi terhadap benda itu. Jadi, hati-hati laa. Jangan cakap lepas je. 
 
6. Fight about 'ego' thing.
Bab ni tak yah laa duk gaduh-gaduh. Sebab lelaki tuh memang dijadikan dengan sebegitu punya perasaan. Jadi, kalau melawan banyak mana pun, lagi tensen si lelaki itu ada laa. 
Tips untuk wanita: Cara yang lebih baik untuk membuat sesuatu yang melawan ego dia adalah cara merasionalkan pemikiran dia. Memberi situasi dan keadaan, kemudian berikan dia berfikir seketika. Kalau dia waras, dia akan menerima cadangan waras kamu 
 
7. Play him.
Bab ni bahaya juga. Kalau kita ambil dalam satu situasi, kalau si wanita bersama dengan rakan rapatnya (yang rapat gila-gila, lagi rapat daripada boyfriend dia, serta BF anda tidak berapa kenal mereka-mereka itu) di dalam satu aktiviti keramaian. Kalau anda mempermainkan si lelaki, yang mungkin melibatkan rakan-rakan ada untuk tag team bersama, dia mungkin akan rasa tercalar dan sedih. Even, kalau si wanita membuatnya semasa bercakap dengan telefon dan hanya berdua sahaja. Ni sama kes dengan ego tuh. Bezanya antara lelaki ni cuma, banyak mana tahap 'sendaan' itu berlaku.
 
8. Don't hook up with the guy that he know.
Tak payah explain banyak, memang jeles. Kecuali si lelaki ni kenal dan tahu si wanita itu bagaimana. Macam saya, saya takkan jeles kepada MGA yang nak keluar dengan lelaki A1, even berdua. Tetapi kalau lelaki A2, sangat-sangat tak boleh. Sebab dua-dua dah kenal, cuma yang A1 ni, memang konfirm kawan tapi kalau A2 ni memang ada perasaan kat MGA saya.

9. Put high expectation on guys.  
Support dan expaction adalah benda lain. Support of coz benda yang bagus kepada si lelaki ini. Dan bila dia dapat support, dia akan lebih menyanyangi si wanita ini lagi. (Macam MGA saya). Tapi expectation ni lain. Ia macam momentum paksaan kepada lelaki tersebut. Jadi jangan mengharap kepada sesuatu yang tinggi oleh lelaki, tetapi beri semangat untuk dia capai ke tahap itu. Dan ya, tips dia adalah memberi ruang-ruang cara untuk dia fikirkan, untuk kesan yang lebih baik. (Like my MGA)

10. Pressure him.
Same case with number 9.
 
11. Compare him to your ex-boyfriends.
Hem, saya tak tau nak cakap pasal benda ni. Agaknya sebab saya berada di lingkungan BF hangat di pasaran (perasAAn sangat di situ). Tapi saya rasa memang tak adil bagi dia. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan.
 
12. Judge him just based on his friends 
Don't judge by its cover, friends and blog. Heheh. kenali diri dia lebih baik. Sebab kadang-kadang, dah itu saja kawan yang dia ada. Nak wat cam ne kan ?
 
13. Don't seek for their attention too much. Whatever it is, just pretending you're fine with or without him :)
Panas part ni. MGA sampai call saya tanya pasal benda ni. Hehe. Dun worry ayang. My ayang its ok. Cuma bagi saya, benda ni hanya apply bila saya sangat busy dan memerlukan MGA untuk paham bahawa saya sangat busy.
Tips kepada lelaki: Tolong jangan busy sentiasa. Luangkan masa anda. Hargailah selagi ia ada. 
 
14. Call him 24 / 7
Same kes dengan 13, cuma nak tambah sikit kalau pasal kawan plak. Lelaki ni hidup dengan kawan-kawan. Susah nak jumpa si lelaki tak nak langsung gather dengan kawan-kawan dia. Jadi, bagi dia ruang. Sebab kawan-kawan ini yang akan nak tolong korang datang majlis kahwin. Kalau tak, sapa lagi nak kawin. 
 
15. Show off. 
Yang ini adalah antara kriteria yang penting bagi saya. Saya sangat tak suka wanita yang menunjuk-nunjuk. (Kalau show-off yang bergurau tuh lain laa). Most perempuan tak sedar pasal benda ni tapi actually bagus juga. Sebab, show off tidak terkeluar dengan lelaki yang dia suka (kebiasaannya). Sebab wanita tersebut akan malu-malu dengan si lelaki. I like my MGA yang suka rendah diri.
 
16. Overreacting. 
Wanita ni disematkan dengan perasaan yang mendalam. Even bila membuat keputusan mereka akan include kan perasaan (sebab itulah wanita tak boleh jadi pemimpin, tapi kalau boleh kawal perasaan tuh, tak salah). Jadi bukan saya tak nak kasi wanita dan MGA saya untuk overeacting, cuma kalau boleh cuba kawal. Kawal sebaik-baiknya.
 
17. Ask him to buy many things for you
Takde pengalaman. Tapi actually MGA seorang yang sangat penjimat. Jadi senang sikit laa
 
18. DO NOT TRY TO CHANGE HIM. If you don't like to, either tolerate it or learn to like it.
Tak nak explain lagi, ayat di atas sudah cukup untuk menerangkan segalanya. Ni laa sampai ada kes, lelaki pukul wanita, tapi wanita tuh tetap bersama lelaki tersebut.
 
19. Be selfish.
Ni sama kes kat overacting. Cuma tambahan lagi, si lelaki tak suka kalau si wanita bergantung dengan hal-hal yang remeh-temeh. Mungkin pada awal, sesat di jalan raya pun sampai suh call si BF untuk jemput balik, si BF masih sanggup nak datang jemput. Tapi masa akan datang, dunia itu takkan seindah itu lagi.
Tips untuk lelaki: Jangan manjakan sangat si wanita
Tips untuk wanita: Berdikari tanpa mengabaikan konsep 'You are my hero'


 
20. Call him with a annoying nick name that he don't like

Sama macam point no 7. Ia berkait rapat pasal ego. Lelaki tak suka korang lawan pasal isu ego sama macam wanita tak suka dipersoalkan kenapa wanita suka overeacting.


Fuhh. Nak g mandi. 



 

Tuesday, April 5, 2011

Ayang, ceramah pasal family yang. Bagus untuk kita !!

Salam

Ayang, ceramah ni kan bagus tau. Ai rasa benda yang dia cakap tuh, ada berlaku dalam family ai. Dan sejak dulu ai fikir, kenapa jadi macam tuh. Rupanya dapat jawapan kat dalam ceramah ni yang. Cuba ayang tengok.






Monday, April 4, 2011

Kenapa Wanita Cemburu?

 Cemburu?? Tahukah anda-kalian-pakcik2-adik2-kakak2...ape itu maksud cemburu? adekah ianya sejenis kuih? atau beskut yg sedap dan boleh d mkn? ouh..sdap nye famous amous! (teringat2 beskut sedap d Alamanda itu.....) --> out of topic sudah~ 


Mungkin boleh mencuba naseb mintak kat makcik depan simpang tuh, "makcikk...nk kueh cemburu 2 hengget!"...kalau x kene backhand ngn makcik tu, mmg kire dah bertuah sgt la tuh. Haha.

******************************************************************************


" VIVAnews - Rasa cemburu bisa dikatakan sebuah emosi negatif yang timbul karena rasa tidak percaya pada pasangan. Ketidakpercayaan tersebut membuat rasa tidak aman pada diri, lalu muncul rasa cemburu. Terkadang saat cemburu Anda bisa mengendalikannya, tapi kadangkala tidak. " hasil pencarian google.

 Selalu Encik-Manis-Hati saya message bila saya start cemburu " Awak ni cemburu buta la, macam perempuan!" Cess..dia ingat dia bercinta sama laki-laki kah selama ini? =.="

By the way, ramai atau banyak pendapat, mengatakan yang cemburu ni berkait rapat dengan wanita. Bile sebut cemburu je, the first place. Mesti refer to perempuan. Kan? kan? Ish2. Xadil2. Ini adelah tidak adil! Sebenar nya, pada pendapatan saya, cemburu ni lebih kepada emosi. Which is refer pada phrase atas tu. Emosi negatif. Dan perempuan pulak..ad masa2 nya..emosi dia mmg susah nk d kawal. Bukan xmo kawal. atau sengaja tak nak kawal. Tapi mmg tiba2 die xboleh d kawal. Jadi ketika, dan masa ini...awas! benda kecik je, boleh jadik besar --> boleh d referkan sbagai cemburu buta.

Tapi, tak d nafikan, yang golongan lelaki pon, ramai je yang cemburu. Cume kadang2 ego mereka ni lebih sikit. Xsebut la sebagai cemburu. D tambah lagi, lelaki nie, takde la masa2 bila hormon die unbalance mcm kaum hawa nie. So, they should be able to manage well la berbanding kita. And d sebabkan itu juga la, in the first place why lelaki mempunyai kuasa talak-cerai. Ada logik nya d situ. So, byg kan kalau perempuan pon ada kuasa yang sama. I guess...tiap kali "bulan mengambang" bercerai berai jadik nye. Emosi kurang stabil la katakan...haha. Ok, imaginasi melampau pulak. (Bile xpuas hati je, cerai! uish. Gile scary!)  

Well, kire nye, sbenarnya..motif utama d sni, tak boleh la nk ckp total relationship perempuan dan cemburu adalah berkadar langsung 100% ! If seseorang tu cemburu, mungkin itu adelah personaliti dia yg mmg kuat cemburu. So, ckp secara personally la, not by his/her gender! Sebab sume org pon akan ada perasaan cemburu. Thats normal la! Cume, ade kategori die la. Cemburu buta, cemburu berasas.

Contoh kalau, Si dia nk keluar dengan kawan2 pon nk jeles. Masalah la pulak kan...Tapi, kalau sampai Si Dia keluar berdua ngn perempuan/lelaki lain. Lepas tu, mmg penah ade feeling2 ke, And kite plak boleh biase n slumber je..pon masalah jugak kann? haha. So, lite2 je. Well, give some space to your partner. They need to have their own life jugak isn't it?

 Biasa nya cemburu ni d kaitkan dengan perasaan insecure and mistrust. So, the best way is, Trust your partner, make a good communication. And the most and crucial part is...be honest! Well. That's the best policy in life also. Be honest! You won't lose anything right? Kejujuran tu penting. No matter what it takes. Be honest. Insha-Allah...selamat dunia akhirat. :)

Till then. Selamat Malam.

P/s : Dear. Ai kuat cemburu x? hee...


Friday, February 18, 2011

Inilah jenis perempuan yang saya cari Episode #2

Salam

Sekarang ni saya sangat busy. Ada banyak kerja. Setiap hari saya akan ke lab dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Dan kadang-kadang tak sempat nak makan pun ada (Sampai Cik Epal Hijau saya ni buat suara ala-ala sedih sebab tak makan).

Seperti yang diberitahu dalam post sebelum ini, Cik Epal Hijau sekarang dah kerja shift siang dah sekarang. Hepi for her,Yeay !!! Tapi kan, sejak dia kerja siang, kami lagi susah nak contact tau. Lagi sikit daripada masa dia kerja shift malam

Kalau masa dia kerja shift malam, 9 PM sampai 6 AM. Maka selepas waktu Subuh tuh, bolehlah borak sikit sampai pukul 8 AM sebelum saya nak pergi lab. Dan sebelum masuk office pukul 9 PM pun boleh cakap sikit juga.

Tapi sekarang ? kerja shift pukul 6 AM sampai 3 PM. Dia balik kerja, saya tak balik lagi lab lagi dan busy dalam lab. Pagi-pagi takleh call dah, sebab dia bangun lagi awal daripada saya. Saya balik lab pulak pukul 6 kadang-kadang, dan terus nak pergi jogging. Malam pulak, saya nak keluar makan dan dia nak siap tidur dah.

TAPIKAN, walaupun kami begini masing-masing tetap positif. Haa, ni yang penting dalam relationship k. Yang wanita-wanita tuh, jangan laa cepat merajuk kerana tak dilayan oleh kekasih. Sabar macam Cik Epal Hijau saya untuk tunggu masa free. Dan apa yang bagusnya lagi, Cik Epal Hijau saya ni (kadang-kadang, opss .. hehe) akan cuba sedaya upaya untuk dapat bercakap atau bermessage.

Itulah dia contohnya kena bertolak ansur. Bila kita amalkan sifat cam tu, mesti kekal lama. Hee.

Monday, February 7, 2011

Bahaya Mourning Period

Salam

Pernah tonton movie Scott Pilgrim vs. The World tak ? Rasanya Cik Epal Hijau pun tak pernah tengok cerita ini. Klik kat sini untuk baca rumusan ceritanya.


Kat dalam movie ni, ada diketengahkan pasal Mourning Period. Mourning Period yang dimaksudkan di sini bukanlah sedih kerana pasangannya mati, tapi period di mana seseorang yang tidak dapat melupakan bekas kekasih selepas break out.

Jadi bahayanya Mourning Period ni, kalau tak kawal dengan elok, anda akan terburu-buru mencari pasangan sebagai ganti. Anda merasakan anda tidak boleh hidup keseorangan dan mahu juga seorang pasangan kekasih. Dan ini menyebabkan anda akan membuat keputusan yang salah kerana terlalu terburu-buru.

Maka dalam cerita Scott Pilgrim ni, si hero dalam Mourning Periodnya telah couple dengan budak sekolah, Knives Chau. Bayangkanlah, seorang yang dewasa berpasangan dengan pelajar sekolah. Bila dah terburu-buru, tak berfikir secara rasional, sampai budak sekolah pun boleh tarik jadi awek. Kan pelik jadinya.

Dan bila si lelaki jumpa seorang wanita yang diidamkan (dalam cerita ni, Ramona), ditinggalkannya Knives Chau begitu sahaja dan lantas Knives menjadi dendam kepada Ramona. Kan dah tak elok tuh. Tu laa bahayanya mourning period.

Sebagai nasihat, bila anda berada dalam mourning period, bertenang dan renungkanlah balik. Sebab pada waktu inilah, anda dapat berfikir sebaik-baiknya apa salah silap dan hikmah berlakunya peristiwa tersebut. Jangan terburu-buru, kerana lambat laun, anda akan jumpa juga, Mr & Ms Right.

Hehe. Seperti saya, walaupun saya pernah mengalami mourning period dan tersilap langkah, tapi akhirnya, saya ketemui jua yang sejiwa dan sehati dengan saya. Dan dia adalah Cik Epal Hijau. Hee
 

(c)2009 TintaChenta. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger