Pages

Sunday, June 5, 2011

Selamat Jalan MGA

Salam.

Miss Green Apple sudah mahu berangkat ke Bangalore, India.

Moga keselamatan sentiasa dengan dia dari perjalanan pergi sehingga pulang ke Malaysia


Friday, June 3, 2011

Count on me - Bruno Mars

Salam

Monday, May 23, 2011

Benar. kan.

"Benar, kadang kala orang yang paling kita sayang adalah orang yang paling susah untuk kita sayang"

Sunday, May 22, 2011

Memerlukan perhatian MGA

Salam

Esok nak pergi interview satu company ni. Walaupun dah ada offer kerja lain, tapi rasa macam perlukan perhatian daripada MGA.

Tapi tak nak kacau MGA, dia tengah kelaur dengan kawan-kawan dia.

Ottoke 
=(

Saturday, May 21, 2011

Gaduh lelaki dan perempuan

Salam



Saya dengan MGA penah gaduh. Gaduh kami tak pernah sampai ke tahap masing-masing tinggikan suara, yang cuba mempertahankan pendirian masing-masing. Dan isu-isu yang selalu yang digaduhkan antara lelaki dan perempuan adalah benda yang melibatkan pemikiran dan isu emosi sensitif.

Gaduh ni boleh jadi elok dan boleh juga jadi tak elok. Tak eloknya apabila, masing-masing bertekak dan meninggikan suara, berkeras untuk satu pihak lagi menerima apa yang diutarakan. Dalam fikiran masing-masing berkehendakkan kemenangan dan akuan bahawa pihaknya laa yang benar. Ini dapat mengundang ancaman kepada perhubungan anda.

Jadi seeloknya kedua-dua pasangan paham, bagaimana untuk menjadikan gaduh itu sebagai satu feedback positif kepada perhubungan anda. Gaduh yang betul adalah dengan membawa berbincang dengan hati yang jujur.

Kebiasaannya, pihak lelaki yang prihatin terhadap perhubungan itu akan naikkan isu ini untuk dibincangkan. Dan selalunya ia nampak keras kepada pihak wanita, namun perhatian pihak lelaki pada waktu itu, dengan cara itu adalah supaya isu itu tidak diselindungkan dan diluahkan segala-galanya. Supaya, tiada isu yang berbangkit selepas perbincangan dan gaduh itu selesai.

Nota kaki kepada pihak lelaki, kawalah perasaan anda supaya semasa perbincangan itu tidak menakutkan pihak wanita mengutarakan apa yang dia rasa.

Bagi pihak wanita, pada kebiasaannya, apabila berhadapan isu sedemikian rupa, pihak wanita akan senyap tak terkata. Mungkin mencernakan apa yang diperdengarkan atau mungkin beremosi apa yang diluahkan. Mungkin perlu, berhenti dan berfikir sejenak. Kemudian, apabila sudah masak berfikir dan mengumpul point, baru dijawab segala isu-isu yang dibangkitkan.

Nota kaki kepada pihak wanita, cubalah untuk teruskan berbicang dan jangan ditunda ke masa lain. Kerana saat-saat panas itu, akan menaikkan isu-isu lain yang tak pernah ternaik sebelum itu. Kawal emosi dan sentiasa ingat, mahu mencari jalan penyelesaian untuk selamatkan perhubungan itu. Dan jangan cuba simpan, kerana yang anda simpan itu akan menjadi racun kepada perhubungan itu (Quote and based on true story of my friend).

Sunday, May 15, 2011

Fasa tamat pengajian dan berehat di rumah

Salam ..

Lama betul saya tak coretkan sesuatu disini kan ? Apa kabar semua ? Saya dan MGA masih sihat. Cuma pagi tadi ada huru-hara sikit apabila ibu kita jemput MGA datang rumah. Tapi MGA jadi tak tentu arah nak decide datang atau tak. Huhu. Tak pe. Lambat laun datang juga.

Dulu saya ada bagitahu pasal saya ada join kursus sebelum nak masuk kerja. Tapi semuanya berubah secara tiba-tiba apabila saya dapat tahu bahawa, tempat kerja yang saya dapat tuh memerlukan saya pergi ke Thailand. Huhu. Jadi, bila berfikir balik, saya mahu rebut peluang sebulan ini berehat dan bermalasan di rumah.

Site: miss-deathwish.deviantart.com


Saya ingat dulu, pada waktu begini pada tahun lepas apabila MGA habis belajar. MGA habis dulu. Dia sangat-sangat demand hendakkan perhatian. Saya pula, hendakkan perhatian, tetapi agak memahami yang MGA sibuk bekerja di waktu malam dan di siang harinya tidur seperti burung hantu.

Saya perasan bila pasangan, salah seorangnya tidak sibuk mesti dia akan berkehendakkan perhatian dan ini kadang-kadang menjadi masalah apabila, pasangannya pula sedang sibuk. Kalau dulu, masa MGA sedang menunggu tawaran kerja, saya masih belajar, perhatian yang diperlukan itu masih saya boleh berikan. Namun, sekarang, saya sedang menunggu untuk bermula kerja, MGA sibuk bekerja. Dan ini menyebabkan kami kurang berkomunikasi.

Apa-apa pun saya percayakan MGA. Dalam minggu depan MGA akan dapat tahu tarikh ke India untuk outstation dan saya pula menunggu bulan Jun untuk ke Thailand. Huhu. Kalau masing-masing busy, tak pe kot. Hehhe

Thursday, May 12, 2011

sayang!! see this!! ahaha

Check out this link!

by the way...ni la blog yg i told you yesterday! 


 http://terfaktab.blogspot.com/2011/03/lelaki-perempuan-vs-nafsu.html

 

(c)2009 TintaChenta. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger