Pages

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Jangan sedeyh2 k ...

Hari ni, Miss Green Apple sangat sedyh pasal baju kurung kesukaannya termakan dek iron wireless hotel.

Kesian dia

This picture is for yu. Jangan sedeyh2 k

Cenyum sikit.

Cenyum lagi.

Orait ...

Tuesday, April 5, 2011

Ayang, ceramah pasal family yang. Bagus untuk kita !!

Salam

Ayang, ceramah ni kan bagus tau. Ai rasa benda yang dia cakap tuh, ada berlaku dalam family ai. Dan sejak dulu ai fikir, kenapa jadi macam tuh. Rupanya dapat jawapan kat dalam ceramah ni yang. Cuba ayang tengok.






Saturday, February 12, 2011

Inilah jenis perempuan yang saya cari

Salam

Kepada Cik Epal Hijau, saya nak kata kat awak yang awak janganlah rendah diri dengan kelemahan anda. Dongakkan kepala dan majulah kehadapan. Jadilah kuat. P/S: Awak kan kuat.

Semua perempuan akan tanya kepada lelaki yang diminatinya, bagaimanakah jenis perempuan yang dicarinya ? Adakah cantikkah (Macam yang diterangkan kat post sebelum ini oleh Cik Epal Hijau) ? Kurus kah ? Baik kah ? Nakal kah ? Rajin kah ? Pandai masak kah ?

Walau apa pun kriteria yang disenaraikan, No Body is Perfect ok !! Semua orang ada kelemahan yang tersendiri. Kelemahan pula, ada bahagian-bahagiannya juga. Kalau kelemahan yang boleh diubah, seperti perangai buruk, cubalah berubah sebaik mungkin. Dapatkan pertolongan daripada si dia.

Dan ada juga kelemahan yang tidak boleh diubah. Contohnya, kalau sampai nak masuk London Weight Management untuk kuruskan badan, tapi dah bertahun amik, tak leh nak kurus juga, better stop supaya tak jejaskan kesihatan. Sebab, fizikal badan selalunya datang daripada genetik. Jika anda dahulunya kurus dan sekarang agak gempal, boleh laa nak masuk segala program kurus tuh. Tapi kalau sebaliknya, program yang lebih tepat adalah, jaga kesihatan.

Saya sebagai seorang lelaki, itulah padangan saya mengenai perkara ini. Dan untuk post yang berkenaan dengan tajuk, jenis wanita yang saya cari adalah ;

Tapi, saya d besarkan dgn suasana yg kalau anda gempal atau berisi, anda adalah d cop buruk! Oh my~~ Nightmare sgt tau! Bile da buruk --> pakai ape pon msti buruk --> jadi malas nk beli pakaian --> malas nk shopping --> pakai je ap yg ade --> penampilan x menarik --> lagi la bertambah buruk. Mungkin pemikiran mcm nie yg mnyebabkan saya jadi seorang yg tidak berapa gila shopping. Dan kalau nk shopping pon, malu kot, biar g sorg2 je.

Ni adalah post daripada Cik Epal Hijau yang lepas. Mungkin dia sendiri tak tau, dan saya pun tak reti nak bagitahu macam mana, saya suka wanita yang berfikiran macam ini. Walaupun dia berfikiran cam ni, tapi bagi saya itulah kecantikan Cik Epal Hijau saya. Saya sangat-sangat pening kepala bila tengok wanita berfesyen macam ini. (No Offense ye blogger) Cantik ? Memang tak dinafikan cantik, dan bagi saya, saya suka tengok je la, sebab normaliti manusia suka  tengok benda yang cantik, tapi itu bukan jenis yang saya suka.

P/S: Miss Green Apple kata dia pandai masak, saya tak cuba lagi. (Saya suka wanita yang pandai masak juga)

Kepada lelaki yang di luar sana, janganlah memilih berdasarkan kecantikan, pilihlah kriteria yang membolehkan anda hidup lama dengan dia. Selamat mencari

P/S lagi: Saya sayang Cik Epal Hijau saya

Wednesday, February 9, 2011

Sense of Direction: Lelaki dan Perempuan

Salam

Apa yang dikatakan dengan sense of direction di sini ? Bagi saya jelaskan dengan situasi yang saya akan ceritakan di bawah;

Bayangkan sepasang teman rapat lelaki dan perempuan mahu ke suatu tempat. Let say tempat tuh adalah shopping mall. Teman lelaki ni tak pernah pergi ke sana dan bagi teman wanita tempat shopping complex tuh adalah berhampiran dengan rumahnya. Akan tetapi tidak pernah ke shopping complex tersebut. Maka, kedua-duanya tersesatlah hendak ke shopping complex tersebut. 

Yang si teman lelaki tensen sebab tak sampai-sampai. Yang si teman wanita ni pula rasa bersalah sebab merasakan dirinya penyebab kesesatan tersebut. Si teman lelaki mula naik marah dan naik darah. Terhamburlah marah dia kepada si teman wanita.

Si teman wanita berasa sedih dan mula marah kepada si teman lelaki kerana menyalahkan dirinya. Dan akhirnya, hari yang sepatutnya dijadikan hari indah keluar berjalan-jalan dirosakkan dengan emosi yang terganggu.

Haa !! Anda pernah mengalami situasi begini tak ? Terus terang saya katakan, kami MGA dan MGA pernah mengalami perkara begini. Beberapa kali juga laa. Jadi bila difikirkan balik inilah yang saya dapat

Peringatan buat si teman lelaki;
  • Sense of direction wanita adalah lemah (no offense to my ayang dan semua wanita di luar sana). Bagi wanita-wanita yang mempunyai sense of direction yang kuat, ANDA MEMPUNYAI KELEBIHAN !! Bagi yang mempunyai kelemahan ini, sentiasa perbaiki kelemahan anda. You can do it
  • Wanita mudah tersinggung dengan kata-kata yang kasar seperti marah serta kata-kata yang dipersalahkan. Kalau tensen, cuba diam dan bersabar. Tersilap perahu boleh diundur, terlajak kata .... (er lupa dah)

Peringatan buat si teman wanita;
  • Bersabarlah dengan keadaan apabila lelaki tensen. Anda kena kuat menghadapinya, kerana apabila lelaki tensen, dan anda tersalah langkah, si teman lelaki boleh terhambur marahnya kat anda. Apa yang anda boleh buat, anda boleh buat sesuatu yang dia suka.
  • Membuat sesuatu yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut, dan jangan selesaikan masalah dengan kata-kata tetapi dengan suatu tindakan/perbuatan. Lelaki suka dengan usaha yang disusuli dengan perbuatan

Jika anda tergaduh juga;
  • Bawa-bawalah berbincang
  • Hargai perhubungan anda bina selama ini
  • Berubah memperbaiki diri
  • Menerima kelemahan pasangan anda dengan hati terbuka.

To my Miss Green Apple, I am sorry because I scold you that day. Even I already appologize to you, I feel that it is not enough for the mistake that I have done. Sorry dear. I accept your weakness and will help you to improve. Love you. Kerja elok-elok untuk malam ni dear. Minggu depan nak dapat shift siang plak
 

(c)2009 TintaChenta. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger