Pages

Monday, May 23, 2011

Benar. kan.

"Benar, kadang kala orang yang paling kita sayang adalah orang yang paling susah untuk kita sayang"

Sunday, May 22, 2011

Memerlukan perhatian MGA

Salam

Esok nak pergi interview satu company ni. Walaupun dah ada offer kerja lain, tapi rasa macam perlukan perhatian daripada MGA.

Tapi tak nak kacau MGA, dia tengah kelaur dengan kawan-kawan dia.

Ottoke 
=(

Saturday, May 21, 2011

Gaduh lelaki dan perempuan

Salam



Saya dengan MGA penah gaduh. Gaduh kami tak pernah sampai ke tahap masing-masing tinggikan suara, yang cuba mempertahankan pendirian masing-masing. Dan isu-isu yang selalu yang digaduhkan antara lelaki dan perempuan adalah benda yang melibatkan pemikiran dan isu emosi sensitif.

Gaduh ni boleh jadi elok dan boleh juga jadi tak elok. Tak eloknya apabila, masing-masing bertekak dan meninggikan suara, berkeras untuk satu pihak lagi menerima apa yang diutarakan. Dalam fikiran masing-masing berkehendakkan kemenangan dan akuan bahawa pihaknya laa yang benar. Ini dapat mengundang ancaman kepada perhubungan anda.

Jadi seeloknya kedua-dua pasangan paham, bagaimana untuk menjadikan gaduh itu sebagai satu feedback positif kepada perhubungan anda. Gaduh yang betul adalah dengan membawa berbincang dengan hati yang jujur.

Kebiasaannya, pihak lelaki yang prihatin terhadap perhubungan itu akan naikkan isu ini untuk dibincangkan. Dan selalunya ia nampak keras kepada pihak wanita, namun perhatian pihak lelaki pada waktu itu, dengan cara itu adalah supaya isu itu tidak diselindungkan dan diluahkan segala-galanya. Supaya, tiada isu yang berbangkit selepas perbincangan dan gaduh itu selesai.

Nota kaki kepada pihak lelaki, kawalah perasaan anda supaya semasa perbincangan itu tidak menakutkan pihak wanita mengutarakan apa yang dia rasa.

Bagi pihak wanita, pada kebiasaannya, apabila berhadapan isu sedemikian rupa, pihak wanita akan senyap tak terkata. Mungkin mencernakan apa yang diperdengarkan atau mungkin beremosi apa yang diluahkan. Mungkin perlu, berhenti dan berfikir sejenak. Kemudian, apabila sudah masak berfikir dan mengumpul point, baru dijawab segala isu-isu yang dibangkitkan.

Nota kaki kepada pihak wanita, cubalah untuk teruskan berbicang dan jangan ditunda ke masa lain. Kerana saat-saat panas itu, akan menaikkan isu-isu lain yang tak pernah ternaik sebelum itu. Kawal emosi dan sentiasa ingat, mahu mencari jalan penyelesaian untuk selamatkan perhubungan itu. Dan jangan cuba simpan, kerana yang anda simpan itu akan menjadi racun kepada perhubungan itu (Quote and based on true story of my friend).

Sunday, May 15, 2011

Fasa tamat pengajian dan berehat di rumah

Salam ..

Lama betul saya tak coretkan sesuatu disini kan ? Apa kabar semua ? Saya dan MGA masih sihat. Cuma pagi tadi ada huru-hara sikit apabila ibu kita jemput MGA datang rumah. Tapi MGA jadi tak tentu arah nak decide datang atau tak. Huhu. Tak pe. Lambat laun datang juga.

Dulu saya ada bagitahu pasal saya ada join kursus sebelum nak masuk kerja. Tapi semuanya berubah secara tiba-tiba apabila saya dapat tahu bahawa, tempat kerja yang saya dapat tuh memerlukan saya pergi ke Thailand. Huhu. Jadi, bila berfikir balik, saya mahu rebut peluang sebulan ini berehat dan bermalasan di rumah.

Site: miss-deathwish.deviantart.com


Saya ingat dulu, pada waktu begini pada tahun lepas apabila MGA habis belajar. MGA habis dulu. Dia sangat-sangat demand hendakkan perhatian. Saya pula, hendakkan perhatian, tetapi agak memahami yang MGA sibuk bekerja di waktu malam dan di siang harinya tidur seperti burung hantu.

Saya perasan bila pasangan, salah seorangnya tidak sibuk mesti dia akan berkehendakkan perhatian dan ini kadang-kadang menjadi masalah apabila, pasangannya pula sedang sibuk. Kalau dulu, masa MGA sedang menunggu tawaran kerja, saya masih belajar, perhatian yang diperlukan itu masih saya boleh berikan. Namun, sekarang, saya sedang menunggu untuk bermula kerja, MGA sibuk bekerja. Dan ini menyebabkan kami kurang berkomunikasi.

Apa-apa pun saya percayakan MGA. Dalam minggu depan MGA akan dapat tahu tarikh ke India untuk outstation dan saya pula menunggu bulan Jun untuk ke Thailand. Huhu. Kalau masing-masing busy, tak pe kot. Hehhe

Thursday, May 12, 2011

sayang!! see this!! ahaha

Check out this link!

by the way...ni la blog yg i told you yesterday! 


 http://terfaktab.blogspot.com/2011/03/lelaki-perempuan-vs-nafsu.html

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Lahir Sayangku

Salam

Tanggal 8 May 1988, lahirlah seorang gadis comel dan putih gebu bagaikan salji. Mama dan Babah sangat gembira dengan ketibaan ahli baru dalam keluarga mereka kerana dia merupakan anak perempuan wanita yang pertama. Dengan warna coklat matanya, Mama dan Babah ingatkan nak bagi nama Snow White, tapi nanti takut ada step mother yang jeles plak. Maka, Green Apple laa yang diberikan.

Maka, dewasalah dia dengan didikan sempurna hingga ketemunya putera Green Apple dan akhirnya berkahwin dan mempunyai 12 orang anak-anak yang comel. (Ni sinopsis, sebab tuh pendek .. heheh)

Tahniah kepada sayangku, Miss Green Apple, akhirnya anda sudah masuk usia 236 Tahun. Dah tua dah setahun. Patut laa, kedut kat tepi mata makin banyak, jari-jari awak dah kedut-kedut dan ketar-ketar dah. Hehe

Moga dikecapi yang diidamkan terutama part yang nak kahwin dengan saya tuh. Hehe. Harap hadiah yang saya bagi hari tuh, sudah membuatkan awak suka dan seronok. Disertakan juga kasih sayang yang tak terhingga kepada kamu, Miss Green Apple. Sayang kamu !! Selamat Hari Lahir sayangku !!


Setakat ni, yu memang the best untuk ai, dan ai rasa yu akan the best sepanjang hayat ai. Terima kasih kerana support ai, dan sebagai balasan ai akan support yu !! Muah !!

Wednesday, May 4, 2011

Bangun pagi ..

Salam,

Bangun je pagi-pagi, tengok MGA dah pon aktif meng-skype-y ...

Membaca post akhbar yang di-post oleh MGA .. ish3x .. 
Dasat juga ek, rompak dan ugut untuk kahwin.

Apsal saya blank ni.. Selalu datang je benda nak taip ..

Haa, ada ciput idea datang masuk

Saya akhirnya tamat belajar .. Tamat dari segala exam dan juga segala assignment. Thesis semua dah settle (actully jap lagi kena pergi cek jap). Kerja pun dah dapat, dan offer keja ni memerlukan saya untuk tidak berada di Malaysia. Masih berfikir dan menunggu offer yang lain.

Pada mulanya, tak berapa minat kerana pada masa akan datang, career kita akan hanya tertumpu kepada bidang tersebut sahaja dan perlu mula pada basic jika kita tukar bidang. Jadi, masih mempertimbangkan sebaiknya.

Hee, apa lagi kan, kumpul duit nak kawin laa. Calon dah ada, MGA. MGA pon dah start kumpul duit dah kan.. Huhu.

Duit tebusan belanja kahwin

Perunding tipu tunang hantar SMS minta RM47,000 kerana kena culik


KUALA LUMPUR: Terdesak akibat ketiadaan wang untuk melangsungkan majlis perkahwinannya, seorang perunding luar cuba menipu tunangnya sendiri dengan menghantar SMS menyatakan dia diculik bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM47,000 daripadanya.

Lelaki berusia 26 tahun itu menghantar SMS berbunyi ‘tunang awak diculik dan berada dalam tangan saya... untuk menyelamatkannya tunggu arahan seterusnya’ kepada tunangnya berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah hospital swasta di Damansara kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mangsa menerima SMS kedua kira-kira jam 10 malam yang memintanya memasukkan wang berjumlah RM47,000 ke satu akaun bank seperti diarahkan.
Bertindak atas laporan dibuat wanita itu sebaik menerima mesej pertama, polis berjaya mengesan lokasi suspek dan menahan seorang lelaki di Stesen KL Sentral pada malam sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata siasatan yang dijalankan mendapati SMS itu dihantar sendiri tunang mangsa dan tujuannya adalah untuk mendapatkan wang hantaran perkahwinan dengan cara mudah.

Katanya, suspek mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan dilangsungkan akhir bulan ini.

Tun Hisan memberitahu meskipun lelaki itu menipu tunangnya sendiri bagi mendapatkan wang, polis tetap memandang serius kes berkenaan dan suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan culik.


Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duittebusanbelanjakahwin/Article

p/s : mcm nie pon ade ke? tipu tunang sendri kot. n logical thinking. Xkan nak amek duet tunang die sendri and kawen ngn tunang die gune duet yg die tipu tu? Omaigod~ mesti tunang die amat sedih kan?

Siapa yg bersalah? Lelaki sbb x ckup duet, financial x stable? or.. Perempuan, sbb letak harga hantran yg membebankan lelaki? Sume2 pon ley bawak bincang..takmo la tipu2. xbes kot.



 

(c)2009 TintaChenta. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger