Salam
Saya dengan MGA penah gaduh. Gaduh kami tak pernah sampai ke tahap masing-masing tinggikan suara, yang cuba mempertahankan pendirian masing-masing. Dan isu-isu yang selalu yang digaduhkan antara lelaki dan perempuan adalah benda yang melibatkan pemikiran dan isu emosi sensitif.
Gaduh ni boleh jadi elok dan boleh juga jadi tak elok. Tak eloknya apabila, masing-masing bertekak dan meninggikan suara, berkeras untuk satu pihak lagi menerima apa yang diutarakan. Dalam fikiran masing-masing berkehendakkan kemenangan dan akuan bahawa pihaknya laa yang benar. Ini dapat mengundang ancaman kepada perhubungan anda.
Jadi seeloknya kedua-dua pasangan paham, bagaimana untuk menjadikan gaduh itu sebagai satu feedback positif kepada perhubungan anda. Gaduh yang betul adalah dengan membawa berbincang dengan hati yang jujur.
Kebiasaannya, pihak lelaki yang prihatin terhadap perhubungan itu akan naikkan isu ini untuk dibincangkan. Dan selalunya ia nampak keras kepada pihak wanita, namun perhatian pihak lelaki pada waktu itu, dengan cara itu adalah supaya isu itu tidak diselindungkan dan diluahkan segala-galanya. Supaya, tiada isu yang berbangkit selepas perbincangan dan gaduh itu selesai.
Nota kaki kepada pihak lelaki, kawalah perasaan anda supaya semasa perbincangan itu tidak menakutkan pihak wanita mengutarakan apa yang dia rasa.
Bagi pihak wanita, pada kebiasaannya, apabila berhadapan isu sedemikian rupa, pihak wanita akan senyap tak terkata. Mungkin mencernakan apa yang diperdengarkan atau mungkin beremosi apa yang diluahkan. Mungkin perlu, berhenti dan berfikir sejenak. Kemudian, apabila sudah masak berfikir dan mengumpul point, baru dijawab segala isu-isu yang dibangkitkan.
Nota kaki kepada pihak wanita, cubalah untuk teruskan berbicang dan jangan ditunda ke masa lain. Kerana saat-saat panas itu, akan menaikkan isu-isu lain yang tak pernah ternaik sebelum itu. Kawal emosi dan sentiasa ingat, mahu mencari jalan penyelesaian untuk selamatkan perhubungan itu. Dan jangan cuba simpan, kerana yang anda simpan itu akan menjadi racun kepada perhubungan itu (Quote and based on true story of my friend).
Artikel Februari 2022
1 year ago
0 comments:
Post a Comment