Pages

Sunday, May 15, 2011

Fasa tamat pengajian dan berehat di rumah

Salam ..

Lama betul saya tak coretkan sesuatu disini kan ? Apa kabar semua ? Saya dan MGA masih sihat. Cuma pagi tadi ada huru-hara sikit apabila ibu kita jemput MGA datang rumah. Tapi MGA jadi tak tentu arah nak decide datang atau tak. Huhu. Tak pe. Lambat laun datang juga.

Dulu saya ada bagitahu pasal saya ada join kursus sebelum nak masuk kerja. Tapi semuanya berubah secara tiba-tiba apabila saya dapat tahu bahawa, tempat kerja yang saya dapat tuh memerlukan saya pergi ke Thailand. Huhu. Jadi, bila berfikir balik, saya mahu rebut peluang sebulan ini berehat dan bermalasan di rumah.

Site: miss-deathwish.deviantart.com


Saya ingat dulu, pada waktu begini pada tahun lepas apabila MGA habis belajar. MGA habis dulu. Dia sangat-sangat demand hendakkan perhatian. Saya pula, hendakkan perhatian, tetapi agak memahami yang MGA sibuk bekerja di waktu malam dan di siang harinya tidur seperti burung hantu.

Saya perasan bila pasangan, salah seorangnya tidak sibuk mesti dia akan berkehendakkan perhatian dan ini kadang-kadang menjadi masalah apabila, pasangannya pula sedang sibuk. Kalau dulu, masa MGA sedang menunggu tawaran kerja, saya masih belajar, perhatian yang diperlukan itu masih saya boleh berikan. Namun, sekarang, saya sedang menunggu untuk bermula kerja, MGA sibuk bekerja. Dan ini menyebabkan kami kurang berkomunikasi.

Apa-apa pun saya percayakan MGA. Dalam minggu depan MGA akan dapat tahu tarikh ke India untuk outstation dan saya pula menunggu bulan Jun untuk ke Thailand. Huhu. Kalau masing-masing busy, tak pe kot. Hehhe

0 comments:

 

(c)2009 TintaChenta. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger