Tadikan, tengah borak-borak dengan orang tuh. Lepas tuh, handphone mati sebab bateri padam. Lepas tuh kan, dia kan terlelap. Tidur terus dia.
Hari tuh tak sempat nak ulas benda ni, main copy paste setempek gitu. Bukan apa nak bagi kredit kepada Cik Myra tuh. Huhu. So, hari ni saya ulas sikit pasal benda dan ia hanya related kepada saya dan mungkin semua lelaki secara general-nya.
1. Always checking where your boyfriend might be.
Untuk yang ini kan, bagi pendapat peribadi saya, saya bukan tak suka kalau MGA tanya saya di mana, buat apa dengan siapa. Kalau boleh saya akan bagitahu terus terang dekat MGA apa yang saya buat, sebab saya bukan buat benda yang salah pun. Cuma, masalahnya yang akan timbul apabila, si wanita asik bertanya, dan si lelaki pula tidak dapat menjawab atau asyik dengan aktiviti yang dilakukan, mana nak sempatnya nak bagi semua soalan update tuh. Bukan nak kata, si lelaki lupa, tetapi fokus kan penting. Bayangkan je la kalau tengah manja dengan orang tersayang dan tiba-tiba ada orang pejabat call kan hilang fokus tuh.
2. Lie.
Yang ni, takda komen banyak sebab secara umumnya, manusia ada sebab kenapa dia buat sesuatu. Cuma elakkan laa benda begini sebab bila start satu, nak buat satu lagi
3. Don't sneak in his personal belongings without permission.
Ok. Saya takde pengalaman pasal benda ni, sebab saya dan MGA duduk jauh-jauh. Tak pernah pulak dia nak sibuk-sibuk nak tengok barang-barang sulit rahsia. Mungkin, bagi lelaki, ada benda yang dia tak boleh nak tunjuk dengan wanita, kerana mungkin dia rasa pandangan wanita itu mungkin berubah selepas melihat benda-benda begitu.
4. Tell him what to do.
Hee. Yang ni memang pantang sikit. Lelaki mempunyai perasaan diktator (betul ke aku guna perkataan ni) yang kuat. Jadi bila disuruh membuat sesuatu ia merasakan diri dia tercabar kerana disuruh membuat sesuatu benda yang bukan kerja dia. Secara amnya, jangan suruh lelaki buat macam-macam, kalau tak lelaki itu akan mula rasa menyampah.
#Tips untuk wanita: Apa yang anda boleh buat adalah, dengan memujuk. Cara memujuk adalah lebih lembut dan ber-patut-tan. Contohnya nak minta tolong, si wanita tak boleh nak suruh buat itu dan buat ini, tetapi lebih baik dengan memujuk dan memberikan perasaan 'You are my hero' kepada lelaki tersebut. Baru boleh jalan.
5. Break your promises.
Rasanya semua orang sama pasal benda ni, tak suka mungkir janji. Cuma, bila wanita dah cakap pasal sumtin, si lelaki akan mempunyai expectation yang tinggi terhadap benda itu. Jadi, hati-hati laa. Jangan cakap lepas je.
6. Fight about 'ego' thing.
Bab ni tak yah laa duk gaduh-gaduh. Sebab lelaki tuh memang dijadikan dengan sebegitu punya perasaan. Jadi, kalau melawan banyak mana pun, lagi tensen si lelaki itu ada laa.
Tips untuk wanita: Cara yang lebih baik untuk membuat sesuatu yang melawan ego dia adalah cara merasionalkan pemikiran dia. Memberi situasi dan keadaan, kemudian berikan dia berfikir seketika. Kalau dia waras, dia akan menerima cadangan waras kamu
7. Play him.
Bab ni bahaya juga. Kalau kita ambil dalam satu situasi, kalau si wanita bersama dengan rakan rapatnya (yang rapat gila-gila, lagi rapat daripada boyfriend dia, serta BF anda tidak berapa kenal mereka-mereka itu) di dalam satu aktiviti keramaian. Kalau anda mempermainkan si lelaki, yang mungkin melibatkan rakan-rakan ada untuk tag team bersama, dia mungkin akan rasa tercalar dan sedih. Even, kalau si wanita membuatnya semasa bercakap dengan telefon dan hanya berdua sahaja. Ni sama kes dengan ego tuh. Bezanya antara lelaki ni cuma, banyak mana tahap 'sendaan' itu berlaku.
8. Don't hook up with the guy that he know.
Tak payah explain banyak, memang jeles. Kecuali si lelaki ni kenal dan tahu si wanita itu bagaimana. Macam saya, saya takkan jeles kepada MGA yang nak keluar dengan lelaki A1, even berdua. Tetapi kalau lelaki A2, sangat-sangat tak boleh. Sebab dua-dua dah kenal, cuma yang A1 ni, memang konfirm kawan tapi kalau A2 ni memang ada perasaan kat MGA saya.
9. Put high expectation on guys.
Support dan expaction adalah benda lain. Support of coz benda yang bagus kepada si lelaki ini. Dan bila dia dapat support, dia akan lebih menyanyangi si wanita ini lagi. (Macam MGA saya). Tapi expectation ni lain. Ia macam momentum paksaan kepada lelaki tersebut. Jadi jangan mengharap kepada sesuatu yang tinggi oleh lelaki, tetapi beri semangat untuk dia capai ke tahap itu. Dan ya, tips dia adalah memberi ruang-ruang cara untuk dia fikirkan, untuk kesan yang lebih baik. (Like my MGA)
10. Pressure him.
Same case with number 9.
11. Compare him to your ex-boyfriends.
Hem, saya tak tau nak cakap pasal benda ni. Agaknya sebab saya berada di lingkungan BF hangat di pasaran (perasAAn sangat di situ). Tapi saya rasa memang tak adil bagi dia. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan.
12. Judge him just based on his friends
Don't judge by its cover, friends and blog. Heheh. kenali diri dia lebih baik. Sebab kadang-kadang, dah itu saja kawan yang dia ada. Nak wat cam ne kan ?
13. Don't seek for their attention too much. Whatever it is, just pretending you're fine with or without him :)
Panas part ni. MGA sampai call saya tanya pasal benda ni. Hehe. Dun worry ayang. My ayang its ok. Cuma bagi saya, benda ni hanya apply bila saya sangat busy dan memerlukan MGA untuk paham bahawa saya sangat busy.
Tips kepada lelaki: Tolong jangan busy sentiasa. Luangkan masa anda. Hargailah selagi ia ada.
14. Call him 24 / 7
Same kes dengan 13, cuma nak tambah sikit kalau pasal kawan plak. Lelaki ni hidup dengan kawan-kawan. Susah nak jumpa si lelaki tak nak langsung gather dengan kawan-kawan dia. Jadi, bagi dia ruang. Sebab kawan-kawan ini yang akan nak tolong korang datang majlis kahwin. Kalau tak, sapa lagi nak kawin.
15. Show off.
Yang ini adalah antara kriteria yang penting bagi saya. Saya sangat tak suka wanita yang menunjuk-nunjuk. (Kalau show-off yang bergurau tuh lain laa). Most perempuan tak sedar pasal benda ni tapi actually bagus juga. Sebab, show off tidak terkeluar dengan lelaki yang dia suka (kebiasaannya). Sebab wanita tersebut akan malu-malu dengan si lelaki. I like my MGA yang suka rendah diri.
16. Overreacting.
Wanita ni disematkan dengan perasaan yang mendalam. Even bila membuat keputusan mereka akan include kan perasaan (sebab itulah wanita tak boleh jadi pemimpin, tapi kalau boleh kawal perasaan tuh, tak salah). Jadi bukan saya tak nak kasi wanita dan MGA saya untuk overeacting, cuma kalau boleh cuba kawal. Kawal sebaik-baiknya.
17. Ask him to buy many things for you
Takde pengalaman. Tapi actually MGA seorang yang sangat penjimat. Jadi senang sikit laa
18. DO NOT TRY TO CHANGE HIM. If you don't like to, either tolerate it or learn to like it.
Tak nak explain lagi, ayat di atas sudah cukup untuk menerangkan segalanya. Ni laa sampai ada kes, lelaki pukul wanita, tapi wanita tuh tetap bersama lelaki tersebut.
Ni sama kes kat overacting. Cuma tambahan lagi, si lelaki tak suka kalau si wanita bergantung dengan hal-hal yang remeh-temeh. Mungkin pada awal, sesat di jalan raya pun sampai suh call si BF untuk jemput balik, si BF masih sanggup nak datang jemput. Tapi masa akan datang, dunia itu takkan seindah itu lagi.
Tips untuk lelaki: Jangan manjakan sangat si wanita
Tips untuk wanita: Berdikari tanpa mengabaikan konsep 'You are my hero'
20. Call him with a annoying nick name that he don't like
Sama macam point no 7. Ia berkait rapat pasal ego. Lelaki tak suka korang lawan pasal isu ego sama macam wanita tak suka dipersoalkan kenapa wanita suka overeacting.
Fuhh. Nak g mandi.
0 comments:
Post a Comment