Pages

Thursday, February 24, 2011

Dia.

...umpama angin yang menyapa lalu, hadir tanpa disedari...tapi kehadiran itu mendamaikan hati. :)

i heart u. 

Tuesday, February 22, 2011

Khas untuk My ayang lagi dan lagi !!

Salam

Hee, sekarang ni musim tengok Music video kot. Dan lagu ini untuk Yu sayang. Lirik ini juga untuk ayang. Muah. Love you.

Agak-agak kan anak kita comel cam ni tak ? heehheh

Sori. Yang semalam tuh, bukan lagu nya ..

Salam

Hee.. Ayang tuh bukan lagu yang nak dedicate kat yu, actually lagu yang ini. Tapi kalau yu suka lagu yang tuh, ok laa juga.. hee.. khas untuk yu.


P/s: My Ayang kena kuat ye pergi outstation pergi India nanti. Gambate !!

Monday, February 21, 2011

Lagu khas untuk My Ayang lagi !!

Salam

Buat ayang, lagu ini khas untuk ayang. Thank you for everything. Love you so much. Muah !!

Updated: (Pagi esoknya) Ini bukan lagu yang ai dedicated tuh yang. Ada satu lagu tuh. Tak tahu tajuk lagi. Tapi dah dengar 4 kali dah.

Sunday, February 20, 2011

Buat insan yang saya sayang

Salam


Ayang, penah tengok iklan kat TV ni tak ? Nak tau tak, nanti ai kawin nanti, ai pun nak buat macam ni juga kat yu.

Sayang yu. Thanx for being so supportive this week.

Hari-hari yg penuh warna

Salam.

Saat post ini d tapi pasti encik buah-hati-pengarang jantung saya pasti sedang lena d ulit mimpi. :)

Untuk belakangan ini, beliau teramat sangat busy! hehe. banyak keje2 yg beliau perlu siapkan, almaklumlah..pelajar tahun akhir..PELAJAR?? ehh...saya pulak sedang berkerja? jangan terkejut, kami sebaya cuma beliau mngambil kursus empat tahun.

Mengimbau kembali saat-saat perkenalan..beliau agak pemalu juga orang nya. Hehe. Mungkin sedikit sombong. Sombong mungkin bukan ayat yang sesuai..mungkin kurang ramah dengan orang masih belum d kenali. Tapi, bila dah mula kenal, banyak je mulut nya..ada je benda yang nak d luah kan.  Lihat saja post2 beliau dalam blog nie. ^_^

 Beliau adalah..seorang yang complicated tapi simple. Kontra tak statement nie? Haha. Saya pon rasa mcm tuh, tapi beliau mmg begitu. Macam mana ya...bila memikirkan sesuatu, beliau akan berfikir dari segenap sudut. Terperinci jugak org nye dia nie. Boleh categorize dlm golongan yang cerewet jugak, tp dia simple sbnr nya kalau tahu ap yang dia nak, apa kesukaan dia, dan how's he handle something. Itu lah sayang saya. :)

 *bisik2** - tapi kan dia nie kan, cepat stress kalau kerje yang dia buat xjalan2. haha. and kadang2, bila stress sbb keje dia bnyakkkkk and deadline sume dekat2, salah kite sikit je, dia akan marah kat kita, caya x? tapi kalau kite majuk, die pujuk la balik. hehe. sayang awak!

walau dia nie mcm mane pon, kite tetap sayang dia. sayang dia sorg je, die cepat stress ke, die komplikasi ke..eh, pelik je bunyik dia..complicated kot, dia cerewet ke.. dia tetap PRINCE di hati saya. :)

Sayang awak dear.

mode : tengah rindu awak kat ofis nie. 

Saturday, February 19, 2011

Buat insan yang tersayang

Salam

Semalam kan, saya risau sangat Cik Epal Hijau bagitahu dia terbaring dengan perut yang nak mengeluarkan isi-isinya. Diharapnya pagi ini dah ok, dalam SMS tadi kata dia dah ok. Kalau tak ok, minum air limau panas k.

Buat CIk Epal Hijau tersayang, gambar ini dituju khas kepada anda. ai sayang yu !!


P/s: Sila ignore gambar kawan saya tuh, bentuk objek itu lagi penting. Heheh. Kamera baru, kena laa saya yang tangkap gambar. Kih3.

Friday, February 18, 2011

Inilah jenis perempuan yang saya cari Episode #2

Salam

Sekarang ni saya sangat busy. Ada banyak kerja. Setiap hari saya akan ke lab dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Dan kadang-kadang tak sempat nak makan pun ada (Sampai Cik Epal Hijau saya ni buat suara ala-ala sedih sebab tak makan).

Seperti yang diberitahu dalam post sebelum ini, Cik Epal Hijau sekarang dah kerja shift siang dah sekarang. Hepi for her,Yeay !!! Tapi kan, sejak dia kerja siang, kami lagi susah nak contact tau. Lagi sikit daripada masa dia kerja shift malam

Kalau masa dia kerja shift malam, 9 PM sampai 6 AM. Maka selepas waktu Subuh tuh, bolehlah borak sikit sampai pukul 8 AM sebelum saya nak pergi lab. Dan sebelum masuk office pukul 9 PM pun boleh cakap sikit juga.

Tapi sekarang ? kerja shift pukul 6 AM sampai 3 PM. Dia balik kerja, saya tak balik lagi lab lagi dan busy dalam lab. Pagi-pagi takleh call dah, sebab dia bangun lagi awal daripada saya. Saya balik lab pulak pukul 6 kadang-kadang, dan terus nak pergi jogging. Malam pulak, saya nak keluar makan dan dia nak siap tidur dah.

TAPIKAN, walaupun kami begini masing-masing tetap positif. Haa, ni yang penting dalam relationship k. Yang wanita-wanita tuh, jangan laa cepat merajuk kerana tak dilayan oleh kekasih. Sabar macam Cik Epal Hijau saya untuk tunggu masa free. Dan apa yang bagusnya lagi, Cik Epal Hijau saya ni (kadang-kadang, opss .. hehe) akan cuba sedaya upaya untuk dapat bercakap atau bermessage.

Itulah dia contohnya kena bertolak ansur. Bila kita amalkan sifat cam tu, mesti kekal lama. Hee.

Monday, February 14, 2011

Salam sayang semua. (>_<) V ~~

Hi!
It been a while since my last post. It just encik tersebut je yg post dgn sgt gigih! setiap hari and sometimes, couple of post in one day! Congrats! Sgt rajin ye awak! Sampai account pon kne org laen pggkan. huhu.

Well, as what my dear said on his couple of post me and my frens went to SACC Mall for pameran pengantin. Such a good experience, and by the way, you can save a lot! if you are willing to answer question on the stage. A simple question ok! and you can get like a sponsor for your wedding dress which cost RM2000. Sound tempting right?  My goodness~ syg, can we that event when we are about to get married nnt? pleaseee....

After about 5 hours there..i found my baju for majlis nikah nnt! haha. i'm not sure what you guys would think. but for me, i think that baju sgt cantik. Might be simple dress. Eh, ckp mcm nk nikah dah! haha. No la..i just berangan2 jeh.

Here is the baju...luckily i bring along my Mr.Nikon with me.




 I like yg kebaya labuh kaler putih tuh. Sweet sgt kan?? I know it like..sgt simple kan. but then, dlm bnyk2 baju kat situ, baju tu jugak yg menambat hati. Close up sket...ngee..


Cantik kan? @_@ ~~~ Mahu yang ini...

Okies, Encik Epal kite akan stop posting kejap. Die kne denda! hehe.

p/s : Mish your celoteh kat blog dear!












Sunday, February 13, 2011

Good Luck for tomorrow my dear

Hee,

Esok kan Cik Epal Hijau nak stat kerja shift siang. Yeay untuk dia. Tapi stat pukul 6 pagi. Tadi dah paksa dia tidur. heheh. Maka, nak buat post good luck untuk dia.

(Walaupun tadi merajuk sikit sebab dia keluar dengan kawan dia lama, tak da SMS diberikan, sian saya tau)

Good luck my dear. Gambar ni adalah gambar yang pernah di hantar SMS kepada dia dulu. Tak silapnya masa tuh, Cik Epal Hijau nak pergi presentation kot. Jadi recycle je laa ek. Kepada dear, jangan risau k. Dah padam nama yu dah. Ops.

Sesi mengenali Cik Epal Hijau Kesayangan saya

Salam

Saya tengah duk merangka isi kandungan thesis saya. Dah mula pening kepala dan risau sebab macam banyak sangat. Experiment di makmal tak habis lagi. Haraplah boleh habis pada masanya. Amin.

Cik Epal Hijau saya keluar lagi dengan teman universitinya dahulu dan saya kenal mereka semua. Semalam pergi pameran pengantin, hari ni hang out saja. Katanya, berjalan-jalan.

Sedang asyik merangka, Cik Epal Hijau hantar SMS. Beliau nak cuba memanah untuk pertama kalinya. Dia tahu yang saya sangat suka memanah. Dan disebabkan itu, dia dan kawan-kawannya mencuba.

Saya menyambung kerja saya, dan selepas beberapa ketika, dia SMS kembali;

'Yey! Da abes! N guess what? Ai cam hebat jgak yg. Hee'

Saya pun membalas

'Hehe. ai rasa bnda yg aim yu mmg hebat'

Saya merasakan aktiviti yang melibatkan sasaran, Cik Epal Hijau memang hebat. Dia pernah bercerita yang dia bowler paling terhebat antara kawan-kawan dia. Antara kami berdua, kami pernah 2x sahaja bermain bowling bersama-sama. Dan tak ingat plak sapa yang menang. Rasa macam saya yang menang, tetapi itupun di kasi chance oleh Cik Epal Hijau. Tak nak pakwe kalah dengan makwe. Heheh.

Di sekolah pula dia pernah terlibat dalam aktiviti menembak. Masuk kadet polis kot. Tak pasti plak. Dan kini, dia sudah cuba memanah, dan nampaknya dia pun suka memanah. Lepas ni boleh masukkan dalam aktiviti list kalau keluar bersama.

I am proud of her. You go girl !!

Saturday, February 12, 2011

Saya suka budak-budak

Salam

Saya suka budak-budak. Then, I found 2 blogs that are blogger whi have kids. uhuh


and
http://mamasygaina.blogspot.com/

P/S: Cik Epal Hijau teman kawan dia pergi Shah Alam Convention/City Centre, ada pameran pengantin. Uhuhu. Saya plak ada kat kampus, buat assignment. Dia tanya, kalau menang dapat set pelamin, nak buat apa? Jawabnya, KITA KENA KAWIN LAA !! hehehe

Inilah jenis perempuan yang saya cari

Salam

Kepada Cik Epal Hijau, saya nak kata kat awak yang awak janganlah rendah diri dengan kelemahan anda. Dongakkan kepala dan majulah kehadapan. Jadilah kuat. P/S: Awak kan kuat.

Semua perempuan akan tanya kepada lelaki yang diminatinya, bagaimanakah jenis perempuan yang dicarinya ? Adakah cantikkah (Macam yang diterangkan kat post sebelum ini oleh Cik Epal Hijau) ? Kurus kah ? Baik kah ? Nakal kah ? Rajin kah ? Pandai masak kah ?

Walau apa pun kriteria yang disenaraikan, No Body is Perfect ok !! Semua orang ada kelemahan yang tersendiri. Kelemahan pula, ada bahagian-bahagiannya juga. Kalau kelemahan yang boleh diubah, seperti perangai buruk, cubalah berubah sebaik mungkin. Dapatkan pertolongan daripada si dia.

Dan ada juga kelemahan yang tidak boleh diubah. Contohnya, kalau sampai nak masuk London Weight Management untuk kuruskan badan, tapi dah bertahun amik, tak leh nak kurus juga, better stop supaya tak jejaskan kesihatan. Sebab, fizikal badan selalunya datang daripada genetik. Jika anda dahulunya kurus dan sekarang agak gempal, boleh laa nak masuk segala program kurus tuh. Tapi kalau sebaliknya, program yang lebih tepat adalah, jaga kesihatan.

Saya sebagai seorang lelaki, itulah padangan saya mengenai perkara ini. Dan untuk post yang berkenaan dengan tajuk, jenis wanita yang saya cari adalah ;

Tapi, saya d besarkan dgn suasana yg kalau anda gempal atau berisi, anda adalah d cop buruk! Oh my~~ Nightmare sgt tau! Bile da buruk --> pakai ape pon msti buruk --> jadi malas nk beli pakaian --> malas nk shopping --> pakai je ap yg ade --> penampilan x menarik --> lagi la bertambah buruk. Mungkin pemikiran mcm nie yg mnyebabkan saya jadi seorang yg tidak berapa gila shopping. Dan kalau nk shopping pon, malu kot, biar g sorg2 je.

Ni adalah post daripada Cik Epal Hijau yang lepas. Mungkin dia sendiri tak tau, dan saya pun tak reti nak bagitahu macam mana, saya suka wanita yang berfikiran macam ini. Walaupun dia berfikiran cam ni, tapi bagi saya itulah kecantikan Cik Epal Hijau saya. Saya sangat-sangat pening kepala bila tengok wanita berfesyen macam ini. (No Offense ye blogger) Cantik ? Memang tak dinafikan cantik, dan bagi saya, saya suka tengok je la, sebab normaliti manusia suka  tengok benda yang cantik, tapi itu bukan jenis yang saya suka.

P/S: Miss Green Apple kata dia pandai masak, saya tak cuba lagi. (Saya suka wanita yang pandai masak juga)

Kepada lelaki yang di luar sana, janganlah memilih berdasarkan kecantikan, pilihlah kriteria yang membolehkan anda hidup lama dengan dia. Selamat mencari

P/S lagi: Saya sayang Cik Epal Hijau saya

Lelaki pemalu?

Selamat pagi!

I'm not such a good writer as Mr down there. See how many post that he been created. Not like me, i was like staring in front of my laptop and thinking of what i'm gonna type......blank..still blank..

The title that came across my mind were...kenapa lelaki pemalu?...cantik itu penting? ...tp, sume hanya tajuk. No elaboration. Dush!

Like what he said on previous post..Lelaki sukar nk luah kan perasaan. Tp, kenapa ya? Ego? Tapi kadang2 perempuan pon same je..So, kalau nk ckp yg malu nk luah kan perasaan, do not said based on their sex, just said that people itself kan? Ade je perempuan yg mmg malu nk luah kan perasaan, and end up tgk org yg dia admire bersama ngn org lain. Redha jelah, xde jodoh kot. hoho. Macam saye? haha. Well, if i'm said that i yg ngurat my dear org gelak x? haha. I ngurat yu ke dear? hehe. No comment!

About Cantik tu penting? Cantik dari segi mana? Entahlah, pemahaman saya dari dulu sampai kini, Cantik = kurus. Sebab bile kurus boleh bergaya, boleh pakai baju cantik2. Sume org suke.. Kolot gile kan pemikiran. Ortodoks gile. Tapi, saya d besarkan dgn suasana yg kalau anda gempal atau berisi, anda adalah d cop buruk! Oh my~~ Nightmare sgt tau! Bile da buruk --> pakai ape pon msti buruk --> jadi malas nk beli pakaian --> malas nk shopping --> pakai je ap yg ade --> penampilan x menarik --> lagi la bertambah buruk. Mungkin pemikiran mcm nie yg mnyebabkan saya jadi seorang yg tidak berapa gila shopping. Dan kalau nk shopping pon, malu kot, biar g sorg2 je. Takut nant bile cube2, eh x muat la...sedih kan? Perihal lelaki yg suka perempuan cantik..tak d nafikan, sume lelaki, jangan bias la..sume orang suke kan kecantikan. Jadi mcm mane dgn org2 yg mcm saya nie? Hmm..kene pegi London Weight Management nie! Ahaha. gile terpengaruh ngn cerita Pesona kat tv ptg semalam! Mengisahkan pasangan suami isteri yg si isteri nye mngalami masalah berat badan..then, si isteri ni pon da start susah hati...then, hubby die plak start bising2 kate baju mcm sarung nangka... @_@ ....aiyakkk! Then, wife dia start pra-sangka yg hubby dia ad prempuan laen plak...at last, g dpt kan rawatan kat LWM tuh. n hasil nye...taraaaaaaaaaaaa!!! Badan tampil langsing dan menawan! then, die tampilkan hubby dia..n hubby die siap bg bunga n kata syg wife die lebih...hoho. obvious sgt kot ckp cmtuh...syg sbb cantik ke? ouh. tak mo la cmtuh....so..dear. I kene pegi LWM ke supaya u syg lebih? ahahahaha

Ok! da mereng sikit. Sbb baru balik keje. Xtido lagi. Pape pon, time kasih awak.Sudi terima kite yg x berapa nk menawan ni. Kne la keje keras sikit, kumpul duet awak manyak2, pastu anta kite g sane ekh? :p ahahaha.

ps: Tajuk cam lari sket. Abai kan.

BAI!




JikA SeOraNG isTerI mEnangIS

Salam

Selamat pagi kepada semua. Hari ni nak share pasal satu puisi yang dikarang oleh Cik CT. Kebanyakan lelaki tak pandai nak luahkan perasaan kata-kata indah. Jadi kena laa praktis kan ? Antara praktisnya, kita baca puisi orang lain.

To Miss Green Apple who is on her way to back home from work ~

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicint ain ya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Source/Credit ; Cik CT-  http://emmaiza.blogspot.com/2011/02/jika-seorang-isteri-menangis.html

Thursday, February 10, 2011

Today More than Yesterday

Hye

Tonight, I want to dedicate a song specially to Miss Green Apple, entitled Today More Than Yesterday by Kim Jong Kook. I am not really a big fan of Korean artist, but I do follow some of the famous artist.

Currently, Miss Green Apple is on her way to work in Cyberjaya. Let say her second last day before she will transfer to morning shift. Congratulations dear. This song and lyrics are included dedicate to you to my dear. Have a nice day night.

Saya Kenal Sayang Saya

Salam

Sejauh mana anda kenal sayang kamu ? Kenal di sini bermaksud anda akan menerima segala kelebihan dan kelemahan yang dia ada kerana anda menyayangi dia. Memahami dengan sebaiknya dan sentiasa menyokong dia daripada belakang serta memberi nasihat untuk memperbaiki diri.

Di sini saya nak share satu link, post blog orang lain yang berkait rapat dengan tajuk post ini. Boleh kata, macam itulah keadaan Mr. Green Apple dan Miss Green Apple.


Preview sikit blog ni

Wednesday, February 9, 2011

Sense of Direction: Lelaki dan Perempuan

Salam

Apa yang dikatakan dengan sense of direction di sini ? Bagi saya jelaskan dengan situasi yang saya akan ceritakan di bawah;

Bayangkan sepasang teman rapat lelaki dan perempuan mahu ke suatu tempat. Let say tempat tuh adalah shopping mall. Teman lelaki ni tak pernah pergi ke sana dan bagi teman wanita tempat shopping complex tuh adalah berhampiran dengan rumahnya. Akan tetapi tidak pernah ke shopping complex tersebut. Maka, kedua-duanya tersesatlah hendak ke shopping complex tersebut. 

Yang si teman lelaki tensen sebab tak sampai-sampai. Yang si teman wanita ni pula rasa bersalah sebab merasakan dirinya penyebab kesesatan tersebut. Si teman lelaki mula naik marah dan naik darah. Terhamburlah marah dia kepada si teman wanita.

Si teman wanita berasa sedih dan mula marah kepada si teman lelaki kerana menyalahkan dirinya. Dan akhirnya, hari yang sepatutnya dijadikan hari indah keluar berjalan-jalan dirosakkan dengan emosi yang terganggu.

Haa !! Anda pernah mengalami situasi begini tak ? Terus terang saya katakan, kami MGA dan MGA pernah mengalami perkara begini. Beberapa kali juga laa. Jadi bila difikirkan balik inilah yang saya dapat

Peringatan buat si teman lelaki;
  • Sense of direction wanita adalah lemah (no offense to my ayang dan semua wanita di luar sana). Bagi wanita-wanita yang mempunyai sense of direction yang kuat, ANDA MEMPUNYAI KELEBIHAN !! Bagi yang mempunyai kelemahan ini, sentiasa perbaiki kelemahan anda. You can do it
  • Wanita mudah tersinggung dengan kata-kata yang kasar seperti marah serta kata-kata yang dipersalahkan. Kalau tensen, cuba diam dan bersabar. Tersilap perahu boleh diundur, terlajak kata .... (er lupa dah)

Peringatan buat si teman wanita;
  • Bersabarlah dengan keadaan apabila lelaki tensen. Anda kena kuat menghadapinya, kerana apabila lelaki tensen, dan anda tersalah langkah, si teman lelaki boleh terhambur marahnya kat anda. Apa yang anda boleh buat, anda boleh buat sesuatu yang dia suka.
  • Membuat sesuatu yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut, dan jangan selesaikan masalah dengan kata-kata tetapi dengan suatu tindakan/perbuatan. Lelaki suka dengan usaha yang disusuli dengan perbuatan

Jika anda tergaduh juga;
  • Bawa-bawalah berbincang
  • Hargai perhubungan anda bina selama ini
  • Berubah memperbaiki diri
  • Menerima kelemahan pasangan anda dengan hati terbuka.

To my Miss Green Apple, I am sorry because I scold you that day. Even I already appologize to you, I feel that it is not enough for the mistake that I have done. Sorry dear. I accept your weakness and will help you to improve. Love you. Kerja elok-elok untuk malam ni dear. Minggu depan nak dapat shift siang plak

Tuesday, February 8, 2011

SeLamaT paGi TinTaChenta!

Pagi ke? haha. well..seems morning enough for me.

Done with Sejuta Cinta Marshanda~ ouh, sejak bile jadi kipas-susah-mati kat sinetron pon x berapa pasti, smp my dear tanye, sejak bile tgk drama? hehe. tertarik dgn lagu die at the first place. Even though obviously story die mmg agk x logic. Cth mcm scene tadi, for an hour nk langungkan majlis pertunangan, but yet, x jugak jadik nye cause that guy really in love with another girl yg happen to be die punye own step-sister. And it can only be prove by ckp2 mulut. Ouh, kamon la..be realistic. Takat ckp, sume org boleh ckp, g la cari hitam putih punye document..ape la sengal bebenor laki tuh. Aih..if it was me, reject oredi lah..singkat gile pemikiran. Ops! Gile emo aku..=.=" ....Da name pon sinetron kan, so it is the way that it should be. Kne la emo2, meleret2, episod wajib ratus2 punye. kasi menyentuh perasaan sket. Gigih kan pelakon2 tu berlakon? And btw, how many times ko kutuk kate cerite ni emo la, merepek la. but yet, you still watch it rite?

Anyway, pernah dgr x quote ni? Sayangi lah org yang menyayangi kita. It would be much more better than menyayangi org yang kita sayang. I had experienced it before. Tibe2 rasa..keserasian tu lebih utama kot. Bukan lah sayang tu xpenting. Tp, logically, sayang mcm mane pon, kalau x serasi x gune jugak kan? Tp bukan kalau dah syg akn turn out to be, anything for you dear~~ ( aku rase konsep tu salah! cause mende tu akan buat kite jadi org laen --> mcm berpura2. kan?) So, akan lead kpada masalah rumah tangga sbb lepas kawen baru lah kluar perangai sebenar. O mai god! baru mcm...ouh mcm nie rupe nye die nie, ouh..die ni kuat nanges rupe nye..die ni pemarah rupe nye..So, how to overcome it? Tp, mcm mane pulak dgn org dulu2 yg arrange marriage? Maybe sbb kalau arrage by family, they do not have any expectation..yg prempuan nie akan pandai masak..or sgt motherly..cause they never know each other. Well, dlm issue mcm nie, penerimaan terhadap seseorang tu sgt penting jgak kan? Kene belajar accept pasangan kita, and terima kebaikan, keburukan..in the same time pon, belajar untuk improve la yg si pasangan pon, xkan nk suh org tu terima je, tp kalau xmo berubah ke arah lebih bagus..problem jugak kan. So, it's a learning process for both. --> Nasihat pada diri sendri juga. The most important thing! Jangan selfish! jgn ad perasaan kenapa asik kita yg kne mulakan, knapa asik kita yg memberi, kenapa asik kita yg kne tggu. Xikhlas nama die kan, tapi beragak jugak lah. Give and take tu perlu ada. Sbb every people have limit. You cannot be the one who always sit and wait. Am i talking to much? haha. ok, enough said~ it just what i was thinking je. Just sharing my thought. Happy Sharing! :)

p/s : i heart u. :")



Monday, February 7, 2011

Bahaya Mourning Period

Salam

Pernah tonton movie Scott Pilgrim vs. The World tak ? Rasanya Cik Epal Hijau pun tak pernah tengok cerita ini. Klik kat sini untuk baca rumusan ceritanya.


Kat dalam movie ni, ada diketengahkan pasal Mourning Period. Mourning Period yang dimaksudkan di sini bukanlah sedih kerana pasangannya mati, tapi period di mana seseorang yang tidak dapat melupakan bekas kekasih selepas break out.

Jadi bahayanya Mourning Period ni, kalau tak kawal dengan elok, anda akan terburu-buru mencari pasangan sebagai ganti. Anda merasakan anda tidak boleh hidup keseorangan dan mahu juga seorang pasangan kekasih. Dan ini menyebabkan anda akan membuat keputusan yang salah kerana terlalu terburu-buru.

Maka dalam cerita Scott Pilgrim ni, si hero dalam Mourning Periodnya telah couple dengan budak sekolah, Knives Chau. Bayangkanlah, seorang yang dewasa berpasangan dengan pelajar sekolah. Bila dah terburu-buru, tak berfikir secara rasional, sampai budak sekolah pun boleh tarik jadi awek. Kan pelik jadinya.

Dan bila si lelaki jumpa seorang wanita yang diidamkan (dalam cerita ni, Ramona), ditinggalkannya Knives Chau begitu sahaja dan lantas Knives menjadi dendam kepada Ramona. Kan dah tak elok tuh. Tu laa bahayanya mourning period.

Sebagai nasihat, bila anda berada dalam mourning period, bertenang dan renungkanlah balik. Sebab pada waktu inilah, anda dapat berfikir sebaik-baiknya apa salah silap dan hikmah berlakunya peristiwa tersebut. Jangan terburu-buru, kerana lambat laun, anda akan jumpa juga, Mr & Ms Right.

Hehe. Seperti saya, walaupun saya pernah mengalami mourning period dan tersilap langkah, tapi akhirnya, saya ketemui jua yang sejiwa dan sehati dengan saya. Dan dia adalah Cik Epal Hijau. Hee

Salam Perkenalan daripada Mr Green Apple

Salam

Selamat berkenalan kepada pembaca sekelian, selamat datang ke;

tintachenta

Blog ini akan dikendalikan oleh dua orang, iaitu saya Mr Green Apple dan pasangan saya yang sangat saya sayangi, Ms Green Apple.

Kami sendiri pun tak decide lagi apa yang kami nak postkan dalam blog ini, cuma yang saya fikirkan adalah mengenai bagaimana kami boleh kenang balik kisah-kisah manis dulu. Yela, manalah tahu tergaduh ke, termerajuk ke, mungkin blog ini dapat mengingatkan kami kembali dan setersnya menghargai hubungan yang terjalin ini. Ha, lepas tuh takda laa nak merajuk dan marah.

Blog ini dilihamkan oleh kami setelah kami tersempak dengan satu blog yang menceritakan kisah anaknya. Penulis tersebut menceritakan detik-detik anaknya yang membesar dan bercadang mahu tunjukkan kepada anaknya tentang blog ini ketika dia dewasa. (Dah tak pakai gambar dah, orang pakai blog sekarang ni). Jadi dengan konsep itu, kami gunakan bermula sekarang dan hinggalah ke anak cucu nanti. InsyALLAH.

(Alamak baru baca post Cik Epal Hijau. English kot. Argh, tak kisahlaa. Saya taip BM je)

Lagi satu reason adalah, blog ini boleh dijadikan sebagai platform untuk kami memahami satu sama lain. Lelaki boleh faham macam mana wanita fikir dan juga sebaliknya. Akan datang, persefahaman itu lebih mudah dikecapi sebab kita tahu macam mana pasangan kita berfikir. Dan ini sangat memberi sumbangan kepada kami dalam bentuk latihan dalam mendirikan rumahtangga. Bayangkan blog ini rumahtangga kami, jadi setiap apa yang hendak dihias semua, harus dibincangkan, ditentukan oleh siapa, siapa yang lebih kuat membuat keputusan, setiap pasangan lebih petingkan apa dan ia semua boleh diibaratkan dengan asam garam dalam perkahwinan.

Hee, macam praktislaa kan ? Hee. Alamak. Terpanjang plak. Maka sampai di sini saja. Taa

P/S: Kepada yang annoy, jangan baca ek. Ni bukan blog type yang awak baca. No offense.

Yang sayang Cik Epal Hijau,
Mr. Green Apple

selamat datang ke rumah baru!

Hi alls. 

As the starter. Would like to say. Hi! O my gosh! sgt kaku. =.=" (forgive me my dear)

 This is so-called- entry paksa by him! :p  As he said, just post the introduce-yourself-entry which i ask him..it have to be now? and he replied, just introduce yourself like what others will do when they first start a blog. So, i just replied..ok, i will try. So then, here we are..this entry come up. Sorry, a lil bit bored. but, i'll try harder to add up some other thing next time k. 

For now~ hi! Welcome to TintaChenta. Ini rumah baru kami. cerita kami. kisah kami. :)  

With love,
Cik Epal Hijau.


 

(c)2009 TintaChenta. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger