Salam
Sekarang ni saya sangat busy. Ada banyak kerja. Setiap hari saya akan ke lab dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Dan kadang-kadang tak sempat nak makan pun ada (Sampai Cik Epal Hijau saya ni buat suara ala-ala sedih sebab tak makan).
Seperti yang diberitahu dalam post sebelum ini, Cik Epal Hijau sekarang dah kerja shift siang dah sekarang. Hepi for her,Yeay !!! Tapi kan, sejak dia kerja siang, kami lagi susah nak contact tau. Lagi sikit daripada masa dia kerja shift malam
Kalau masa dia kerja shift malam, 9 PM sampai 6 AM. Maka selepas waktu Subuh tuh, bolehlah borak sikit sampai pukul 8 AM sebelum saya nak pergi lab. Dan sebelum masuk office pukul 9 PM pun boleh cakap sikit juga.
Tapi sekarang ? kerja shift pukul 6 AM sampai 3 PM. Dia balik kerja, saya tak balik lagi lab lagi dan busy dalam lab. Pagi-pagi takleh call dah, sebab dia bangun lagi awal daripada saya. Saya balik lab pulak pukul 6 kadang-kadang, dan terus nak pergi jogging. Malam pulak, saya nak keluar makan dan dia nak siap tidur dah.
TAPIKAN, walaupun kami begini masing-masing tetap positif. Haa, ni yang penting dalam relationship k. Yang wanita-wanita tuh, jangan laa cepat merajuk kerana tak dilayan oleh kekasih. Sabar macam Cik Epal Hijau saya untuk tunggu masa free. Dan apa yang bagusnya lagi, Cik Epal Hijau saya ni (kadang-kadang, opss .. hehe) akan cuba sedaya upaya untuk dapat bercakap atau bermessage.
Itulah dia contohnya kena bertolak ansur. Bila kita amalkan sifat cam tu, mesti kekal lama. Hee.
Artikel Februari 2022
1 year ago
0 comments:
Post a Comment