Selamat berkenalan kepada pembaca sekelian, selamat datang ke;
tintachenta
Blog ini akan dikendalikan oleh dua orang, iaitu saya Mr Green Apple dan pasangan saya yang sangat saya sayangi, Ms Green Apple.
Kami sendiri pun tak decide lagi apa yang kami nak postkan dalam blog ini, cuma yang saya fikirkan adalah mengenai bagaimana kami boleh kenang balik kisah-kisah manis dulu. Yela, manalah tahu tergaduh ke, termerajuk ke, mungkin blog ini dapat mengingatkan kami kembali dan setersnya menghargai hubungan yang terjalin ini. Ha, lepas tuh takda laa nak merajuk dan marah.
Blog ini dilihamkan oleh kami setelah kami tersempak dengan satu blog yang menceritakan kisah anaknya. Penulis tersebut menceritakan detik-detik anaknya yang membesar dan bercadang mahu tunjukkan kepada anaknya tentang blog ini ketika dia dewasa. (Dah tak pakai gambar dah, orang pakai blog sekarang ni). Jadi dengan konsep itu, kami gunakan bermula sekarang dan hinggalah ke anak cucu nanti. InsyALLAH.
(Alamak baru baca post Cik Epal Hijau. English kot. Argh, tak kisahlaa. Saya taip BM je)
Lagi satu reason adalah, blog ini boleh dijadikan sebagai platform untuk kami memahami satu sama lain. Lelaki boleh faham macam mana wanita fikir dan juga sebaliknya. Akan datang, persefahaman itu lebih mudah dikecapi sebab kita tahu macam mana pasangan kita berfikir. Dan ini sangat memberi sumbangan kepada kami dalam bentuk latihan dalam mendirikan rumahtangga. Bayangkan blog ini rumahtangga kami, jadi setiap apa yang hendak dihias semua, harus dibincangkan, ditentukan oleh siapa, siapa yang lebih kuat membuat keputusan, setiap pasangan lebih petingkan apa dan ia semua boleh diibaratkan dengan asam garam dalam perkahwinan.
Hee, macam praktislaa kan ? Hee. Alamak. Terpanjang plak. Maka sampai di sini saja. Taa
P/S: Kepada yang annoy, jangan baca ek. Ni bukan blog type yang awak baca. No offense.
Yang sayang Cik Epal Hijau,
Mr. Green Apple
0 comments:
Post a Comment