Saya tengah duk merangka isi kandungan thesis saya. Dah mula pening kepala dan risau sebab macam banyak sangat. Experiment di makmal tak habis lagi. Haraplah boleh habis pada masanya. Amin.
Cik Epal Hijau saya keluar lagi dengan teman universitinya dahulu dan saya kenal mereka semua. Semalam pergi pameran pengantin, hari ni hang out saja. Katanya, berjalan-jalan.
Sedang asyik merangka, Cik Epal Hijau hantar SMS. Beliau nak cuba memanah untuk pertama kalinya. Dia tahu yang saya sangat suka memanah. Dan disebabkan itu, dia dan kawan-kawannya mencuba.
Saya menyambung kerja saya, dan selepas beberapa ketika, dia SMS kembali;
'Yey! Da abes! N guess what? Ai cam hebat jgak yg. Hee'
Saya pun membalas
'Hehe. ai rasa bnda yg aim yu mmg hebat'
Saya merasakan aktiviti yang melibatkan sasaran, Cik Epal Hijau memang hebat. Dia pernah bercerita yang dia bowler paling terhebat antara kawan-kawan dia. Antara kami berdua, kami pernah 2x sahaja bermain bowling bersama-sama. Dan tak ingat plak sapa yang menang. Rasa macam saya yang menang, tetapi itupun di kasi chance oleh Cik Epal Hijau. Tak nak pakwe kalah dengan makwe. Heheh.
Di sekolah pula dia pernah terlibat dalam aktiviti menembak. Masuk kadet polis kot. Tak pasti plak. Dan kini, dia sudah cuba memanah, dan nampaknya dia pun suka memanah. Lepas ni boleh masukkan dalam aktiviti list kalau keluar bersama.
I am proud of her. You go girl !!
0 comments:
Post a Comment