Salam
Pernah tonton movie Scott Pilgrim vs. The World tak ? Rasanya Cik Epal Hijau pun tak pernah tengok cerita ini. Klik kat sini untuk baca rumusan ceritanya.
Kat dalam movie ni, ada diketengahkan pasal Mourning Period. Mourning Period yang dimaksudkan di sini bukanlah sedih kerana pasangannya mati, tapi period di mana seseorang yang tidak dapat melupakan bekas kekasih selepas break out.
Jadi bahayanya Mourning Period ni, kalau tak kawal dengan elok, anda akan terburu-buru mencari pasangan sebagai ganti. Anda merasakan anda tidak boleh hidup keseorangan dan mahu juga seorang pasangan kekasih. Dan ini menyebabkan anda akan membuat keputusan yang salah kerana terlalu terburu-buru.
Maka dalam cerita Scott Pilgrim ni, si hero dalam Mourning Periodnya telah couple dengan budak sekolah, Knives Chau. Bayangkanlah, seorang yang dewasa berpasangan dengan pelajar sekolah. Bila dah terburu-buru, tak berfikir secara rasional, sampai budak sekolah pun boleh tarik jadi awek. Kan pelik jadinya.
Dan bila si lelaki jumpa seorang wanita yang diidamkan (dalam cerita ni, Ramona), ditinggalkannya Knives Chau begitu sahaja dan lantas Knives menjadi dendam kepada Ramona. Kan dah tak elok tuh. Tu laa bahayanya mourning period.
Sebagai nasihat, bila anda berada dalam mourning period, bertenang dan renungkanlah balik. Sebab pada waktu inilah, anda dapat berfikir sebaik-baiknya apa salah silap dan hikmah berlakunya peristiwa tersebut. Jangan terburu-buru, kerana lambat laun, anda akan jumpa juga, Mr & Ms Right.
Hehe. Seperti saya, walaupun saya pernah mengalami mourning period dan tersilap langkah, tapi akhirnya, saya ketemui jua yang sejiwa dan sehati dengan saya. Dan dia adalah Cik Epal Hijau. Hee
Artikel Februari 2022
1 year ago
2 comments:
I was thinking...mourning period tu mcm PMS. hihik. salah la pulak..ngee
Hamboi .. PMS je ek .. yang tuh dah tiap2 bulan kena datang ...
Post a Comment