Apa yang dikatakan dengan sense of direction di sini ? Bagi saya jelaskan dengan situasi yang saya akan ceritakan di bawah;
Bayangkan sepasang teman rapat lelaki dan perempuan mahu ke suatu tempat. Let say tempat tuh adalah shopping mall. Teman lelaki ni tak pernah pergi ke sana dan bagi teman wanita tempat shopping complex tuh adalah berhampiran dengan rumahnya. Akan tetapi tidak pernah ke shopping complex tersebut. Maka, kedua-duanya tersesatlah hendak ke shopping complex tersebut.
Yang si teman lelaki tensen sebab tak sampai-sampai. Yang si teman wanita ni pula rasa bersalah sebab merasakan dirinya penyebab kesesatan tersebut. Si teman lelaki mula naik marah dan naik darah. Terhamburlah marah dia kepada si teman wanita.
Si teman wanita berasa sedih dan mula marah kepada si teman lelaki kerana menyalahkan dirinya. Dan akhirnya, hari yang sepatutnya dijadikan hari indah keluar berjalan-jalan dirosakkan dengan emosi yang terganggu.
Haa !! Anda pernah mengalami situasi begini tak ? Terus terang saya katakan, kami MGA dan MGA pernah mengalami perkara begini. Beberapa kali juga laa. Jadi bila difikirkan balik inilah yang saya dapat
Peringatan buat si teman lelaki;
- Sense of direction wanita adalah lemah (no offense to my ayang dan semua wanita di luar sana). Bagi wanita-wanita yang mempunyai sense of direction yang kuat, ANDA MEMPUNYAI KELEBIHAN !! Bagi yang mempunyai kelemahan ini, sentiasa perbaiki kelemahan anda. You can do it
- Wanita mudah tersinggung dengan kata-kata yang kasar seperti marah serta kata-kata yang dipersalahkan. Kalau tensen, cuba diam dan bersabar. Tersilap perahu boleh diundur, terlajak kata .... (er lupa dah)
Peringatan buat si teman wanita;
- Bersabarlah dengan keadaan apabila lelaki tensen. Anda kena kuat menghadapinya, kerana apabila lelaki tensen, dan anda tersalah langkah, si teman lelaki boleh terhambur marahnya kat anda. Apa yang anda boleh buat, anda boleh buat sesuatu yang dia suka.
- Membuat sesuatu yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut, dan jangan selesaikan masalah dengan kata-kata tetapi dengan suatu tindakan/perbuatan. Lelaki suka dengan usaha yang disusuli dengan perbuatan
Jika anda tergaduh juga;
- Bawa-bawalah berbincang
- Hargai perhubungan anda bina selama ini
- Berubah memperbaiki diri
- Menerima kelemahan pasangan anda dengan hati terbuka.
To my Miss Green Apple, I am sorry because I scold you that day. Even I already appologize to you, I feel that it is not enough for the mistake that I have done. Sorry dear. I accept your weakness and will help you to improve. Love you. Kerja elok-elok untuk malam ni dear. Minggu depan nak dapat shift siang plak
2 comments:
Ini adalah sgt suweett. :)
eh .. suweet ekh ? trima kasih ..
Post a Comment